Tak lama lagi dah kita
nak sambut hari raya aidiladha. Kalau di Kelantan memang meriah sebabnya sana
sini orang buat korban. Kalau di luar Kelantan contohnya di Johor@ KL ibadah
korban diadakan di lokasi-lokasi tertentu seperti di dewan atau masjid. Tak
boleh sewenangnya nak buat depan rumah macam di Kelantan.
Sekarang ni dah ramai
yang terpanggil buat korban, harga di JB dan Kelantan pun tak jauh beza pun
sekarang. Di JB RM600 sebahagian lembu, sama juga di Kelantan.
Apa manfaat korban ni yang menyebabkan ramai yang ambil peluang?
Sebab itu
orang ramai berebut ambil binatang yang besar, supaya bulu pun makin banyak,
pahala pun banyak
Manfaat Korban
1. Pahala yang besar
disisi Allah s.w.t. Sabda Nabi SAW,”Pada setiap bulunya itu kita memperoleh satu
kebaikan.” (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah).
Bayangkanlah banyaknya
bulu lembu atau kambing tu, banyak itulah pahala kita. Subhanallah.
2. Mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. kerana ibadah ini bertujuan mendekatkan diri kepada
Allah.
3. Menambah rasa kasih
sayang di antara umat Islam atas perkongsian yang dibuat.
4. Mendidik rasa
syukur. Firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang
banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya
orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (berkah dan rahmat
Allah).”
5. Membuktikan kita
adalah hamba yang taat kepada Allah.
Ada juga orang sebut,
binatang yang kita korbankan tu akan jadi tunggangan kita di akhirat kelak,
wallahualam. Kalau boleh seumur hidup kita buatlah sekali, sama macam ibadah
haji itu sendiri.
Ibadah korban pun bukan
tunggu kita ada lebih duit baru kita buat, kalau kita rasa pahalanya banyak
boleh lah kita simpan duit berdikit-dikit untuk melaksanakannya.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment